CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, February 28, 2008

Alhamdulillah...

Sheila Rusly bertudung

Terlebih dahulu Team Manggaonline ingin mengucapkan tahniah dan rasa bersyukur kerana Sheila Rusly tetap maintain dengan penambilan terbarunya. Sheila sendiri mungkin dah kalis dengan cemuhan dan cebikan yang mengatakan tudungnya hanya kekal selama 40 hari sahaja.
Rezeki Sheila nampaknya bertambah, terbaru Sheila bakal muncul mengacara rancangan masakan Citarasa Selebriti. Baguslah tu.. Sheila sendiri antara artis yang membuktikan dia pandai memasak makanan yang lazat. Penampilan Sheila dalam Apa-apa Aje pun semakin menarik. Drama-drama terbitan Sheila dan Jinggo pun ada kelasss...

Menurut Sheila seperti yang diberitahu kepada Niezam, wartawan hiburan Utusan Malaysia “Apabila pulang dari mengerjakan haji, saya pelik jika tak ada sesuatu di atas kepala. Maklum sajalah selama 44 hari di Mekah, saya sentiasa menutup kepala. Apabila saya buka tudung saya rasa lain macam. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk terus memakai tudung,” katanya. (Pancaindera - 24 Februari 2008)

Sheila dah buktikan yang dia benar-benar ingin bertudung. Sebenarnya niat bertudung tu muncul dari dalam hati. Kalau dah bertudung diharap teruskanlah dengan penampilan yang sama. Janganlah bertudung hanya kerana ingin menjaga hati sesetengah pihak silap-silap hari bulan tudung tu akan menjadi penghuni tetap laci ataupun masuk dalam beg plastik dan terus dibuang. Bertudung tu mesti ikhlaskan! dan juga sedar ia satu tuntutan.. tak gitu?
mangga online ( 28 februari 2008 )

komen :

syukur Alhamdulillah...nampaknya semenjak pulang dari Tanah Suci Mekah, pelakon dan pengacara terkenal Sheila Rusly telahpun membuat keputusan untuk terus memakai tudung.
menurut sheila, sejak dia memakai tudung rezekinya pun semakin bertambah. walaupun ada yang mencemuh dan memberi cebikan terhadap penampilan terbaru sheila ini, tetapi sheila sudah lali dengan semua itu dan tetap akan pertahankan imej barunya itu.

baguslah kak sheila....semoga akak terus dengan penampilan bertudung itu. jangan macam sesetengah artis tu, lepas balik dari Mekah pakai tudung pun macam tak pakai tudung...

untuk tatapan....

Wujudkan program khas kenang arwah Sudir

Ingatan selama 16 tahun terhadap pemergian penghibur nasional wajar diabadikan menerusi stesen televisyen, radio. 12 hari lagi genap 16 tahun penghibur nasional, Sudirman Arshad meninggal dunia. Peminat setianya terus mengenang bulan ini sebagai detik sedih dan pilu pemergian beliau yang mengundang banyak titisan air mata. Sudirman yang lebih mesra dengan panggilan Sudir pergi tanpa pesan selepas berbulan-bulan sakit dan ‘disembunyikan’ keluarganya hinggalah peminat dikejutkan dengan berita kematiannya pada 22 Februari 1992. Sepanjang ketiadaan jasadnya tidak bererti Sudir ‘sudah mati’ sebaliknya legasi beliau sebagai anak seni ditinggalkan secara berhemah dan membanggakan. Sudir menjadi contoh kepada artis generasi baru untuk tampil sebagai anak seni yang berpendidikan tinggi, bijak, bersemangat tinggi, berdaya kreatif dan gigih bekerja.

Pada masa sama, ciri penghibur yang ada pada beliau masih menjadi rujukan artis lain untuk mencapai taraf kehebatan yang beliau ciptakan hingga pernah digelar Penghibur No. 1 Asia.
Sudir masih abadi dalam hati setiap peminatnya, buat mereka yang membesar dengan lagu dendangannya. Lagunya sentiasa segar, ceria dan menyentuh emosi seperti Basikal Tua, Chow Kit Road, Kul It, Terasing, Anak Desa, Pelangi Petang, Hujan, Salam Terakhir, One Thousand Million Smiles dan banyak lagi. Dunia seni hiburan di Malaysia mempunyai dua tokoh paling hebat iaitu Tan Sri P Ramlee dan Sudir. Jika saban tahun, pada 29 Mei kita mengenang P Ramlee dengan beberapa aktiviti, elok jugalah Sudirman harus dikenang dengan mengadakan pelbagai kegiatan sama ada bercorak keagamaan mahupun nostalgia pada kerjaya seni dan kehidupan peribadinya. Ini termasuklah peranan stesen televisyen dan radio yang harus mewujudkan program khas untuk meninjau semula kehebatan dan ‘mendekatkan’ peminat dengan Sudir. Ini juga akan memberi pendedahan kepada generasi baru terutama remaja berusia bawah 21 tahun untuk mengenali seorang tokoh seni budaya bangsa sendiri yang pernah mencipta kekaguman ramai - merentasi kaum, agama, usia dan kelas masyarakat di negara ini.

Jika tahun lalu Astro Ria mengadakan siri khas laporan istimewa mengenai sejarah hidup Sudir menerusi rancangan Trek Selebriti, selain RTM mengadakan konsert khas mengenang Sudir biarpun agak lambat dibuat selepas media membuat teguran, apa salahnya pada hujung bulan ini RTM bersedia lebih lebih awal dengan pelbagai program untuk mengenang Sudir. Ini memang wajar sebab Sudir adalah anak seni ciptaan RTM kerana arwah adalah juara Bintang RTM 1976. Ada orang berkata, tidak usah mengenang keterlaluan orang yang sudah tiada. Kata-kata seperti ini juga datang dari kalangan artis sendiri. Artis macam ini sebenarnya hipokrit dan tidak boleh menerima hakikat orang lain lebih bagus daripada mereka dan mereka sendiri sebenarnya gagal untuk menjadi artis yang berjaya seperti Sudir. Maka sifat cemburu itu menghantui diri mereka. Kita mengenang Sudir bukan untuk memuja tetapi kerana terharu kita dikurniakan Allah seorang anak seni yang hebat untuk bangsa kita. Selepas Sudir, kita belum temui lagi artis sehebat Sudir.

berita harian ( 28 februari 2008 )

komen :

sudah genap 16 tahun penghibur terkenal tanah air, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad meninggalkan kita. Lagu-lagunya yang popular seperti 'basikal tua', 'chowkit road', 'merisik khabar' dan banyak lagi sentiasa berkumandang di stesen-stesen radio. Ini menunjukkan bahawa walaupun arwah sudah lama meninggalkan kita tetapi lagu-lagunya ' tidak mati' dan masih lagi diminati, tidak kira yang tua mahupun yang muda. malah kanak-kanak juga turut menggemari lagu-lagu arwah.

jika setiap 29 Mei kita mengenang pemergian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan beberapa aktiviti, eloklah juga kita mengenang pemergian Allahyarham Sudirman dengan mengadakan beberapa aktiviti yang bercorak keagamaan ataupun nostalgia berkaitan dengan hidupnya.

hal ini secara tak langsung dapat mendedahkan kepada generasi baru terutamanya remaja di bawah umur 21 tahun agar mengenali seorang tokoh penghibur yang pernah bergelar penghibur no 1 Asia. dan dalam hal ini stesen radio serta tv haruslah memainkan peranan yang amat penting dalam mengadakan siri atau laporan berkaitan dengan Allahyarham Sudirman.

semoga segala usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita kepada penghibur yang pernah mengharumkan nama Malaysia suatu masa dulu.

Thursday, February 21, 2008

projek seterusnya....

Program Semarak Kasih

satu lagi tugasan baru telah diberi. minggu ni aku dengan kawan-kawan yang lain akan ke rumah anak-anak yatim di sabak bernam untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi menyiapkan tugasan tersebut. tugasan ini adalah bagi memenuhi kursus BBM 3410 ( bahasa dalam multimedia ). walaupun aku rasa tempat tu jauh, tapi aku rasa seronok sebab banyak pengalaman yang boleh aku dapat. lagi pun sebelum ni aku tak pernah pergi ke rumah anak yatim dan ini adalah satu peluang bagi aku untuk mendekati dan mengenali mereka.

semoga Allah memberkati perjalanan kami nanti dan semoga kami selamat pergi dan pulang....
Aminn....