CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label buah oh buah. Show all posts
Showing posts with label buah oh buah. Show all posts

Thursday, March 27, 2008

FAKTA BUAH



Fakta Menarik Tentang Buah Naga

1. Ia bertindak sebagai ejen membuang toksid dalam badan dan kurangkan tekanan.

2. Boleh mencegah barah usus.

3. Kandungan protiennya boleh mengurangkan metabolisme badan.

4. Kandungan vitamin C yang banyak boleh haluskan kulit dan cegah jerawat. Kandungan vitamin C yang dikandungnya lebih tinggi berbanding tembikai dan epal.

5. Ia dapat mencegah kandungan kolesterol dalam darah.

6. Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan.

7. Buah naga merah sangat baik memperbaiki penglihatan mata kerana ia mengandungi karotenoid yang tinggi.

8. Vitamin dan mineral yang boleh membantu menigkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisme dalam badan manusia.

9. Serat yang tinggi boleh kawal kencing manis. Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi.

10. Kaya dengan zat besi yang membantu menambahkan darah. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

Wednesday, March 26, 2008

TAHUKAH ANDA??




Fakta Menarik Di Sebalik Buah

1. Percayakah anda jambu air juga boleh dijadikan arak?

2. Di Amerika Latin, buah avokado sering juga dijadikan hadiah utuk majlis perkahwinan

3. Tahukah anda bahawa buah manga sebenarnya berasal dari India dan dibawa masuk ke tanah Asia Tenggara oleh saudagar China yang melawat India pada kurun pertama.

4. Buah manggis pernah dikatakan sebagai antara buah kegemaran Ratu Victoria.

5. Buah naga boleh menenangkan fikiran seseorang...
kepercayaan masyarakat China.

6. Tip baru bagi yang ingin melembutkan daging ataupun ayam. Senang saja, perapkan jus kiwi selama 20 minit sebelum memasak. Perlu juga anda tahu bahawa buah kiwi tidak boleh dicampurkan dengan susu kerana ia akan menjadi kental.
Kiwi sebenarnya berasal dari China, bukan dari New Zealand.

7. Jangan simpan buah jambu dalam peti sejuk!!

8. Buah kelapa yang paling kecil ialah sebesar telur. ia boleh didapati di kepulauan Maldives.

9. Pir pernah diisytiharkan sebagai buah diraja bagi kerajaan Persia.

10. Bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang ataupun batu karang elakkan makan buah belimbing.
belimbing mengandungi asid yang tinggi yang bertindak balas dengan kalsium dan zat besi.