Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah stawberry. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brinchang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

saujana mata memandang
komen :
Pahang ni memang lah banyak tempat yang boleh kita pergi untuk bercuti dan sememangnya pahang terkenal dengan tempat-tempat percutian yang menarik untuk dikunjungi. selain cameron highland, genting highland juga tidak ketinggalan menjadi destinasi wajib untuk berseronok terutamanya bagi kanak-kanak. biasalah, tempat bermain....selain percutian di tanah tinggi, pahang juga terkenal dengan pantai-pantainya yang cantik dan air lautnya yang jernih seperti di Cherating.
pada cuti hujung tahun yang lepas, aku dan keluarga aku telah bercadang untuk pergi bercuti di cameron highland. bukan ape, saje jer nak release tension, lagi pun suasana di situ nyaman dan amat sesuai sekali bagi aku dan keluarga untuk berehat sambil menikmati suasana sejuk dan nyaman di situ.
kami mula berangkat menuju ke cameron highland seawal jam 6 pagi. memang kami sengaja bergerak awal kerana untuk mengelakkan kenderaan yang banyak di lebuh raya, lagi pula hari itu merupakan cuti sempena Krismas, mesti banyak kenderaan di lebuh raya.
hampir jam 10 pagi kami berhenti rehat di hentian Rawang. ramai orang memenuhi hentian tersebut dan suasana agak kelam kabut ketika itu. Saya seperti biasa mesti kena teh tarik. Sambil menyedut teh tarik panas saya memerhatikan gelagat insan-insan yang terdapat di situ. Tukang sapu masih tetap menjalankan tugas menyapunya. Tukang cuci tandas warga Bangla juga masih tekun bertugas. Peniaga makanan masih ceria melayan tetamu mereka. Peniga buah juga begitu. Kami pula terpaksa membayar untuk semua perkhidmatan tersebut. Petugas dan peniaga masih gigih berusaha untuk mendapatkan wang walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah pengunjung. Moral ceritanya wang mesti dicari dan wang tidak datang sendiri....
Hampir jam 12 tengah hari, kami tiba di apartmen yang kami telah buat penempahan sejak awal lagi. Kami memutuskan untuk berehat, tidur sebentar dan solat zohor dulu sebelum melawat ke tempat-tempat di sekitar cameron highland. aku lihat banyak kereta telah memenuhi setiap ruang parking kenderaan dan ini bermakna ramai pengunjung telah menjadikan cameron highlang sebagai destinasi pelancongan mereka.
pengalaman yang aku tak dapat lupakan di sana ialah aku berpeluang untuk memetik sendiri buah strawberi di ladangnya. selepas itu, aku ke tempat-tempat yang menjadi destinasi popular bagi pengunjung-pengunjung di cameron highland....
sesungguhnya pengalaman aku bercuti bersama keluarga pada kali ini merupakan pengalaman yang tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila kerana aku tahu saat itu tidak akan berulang lagi dan aku berharap agar aku dapat merasai percutian sebegini lagi di lain waktu.
1 comments:
ni c ella ke c elli?...
macam elli jer, huhu...
Post a Comment