BANDAR DALAM TAMAN ( PUTRAJAYA )
masjid Putrajaya
makan angin kat Putrajaya hehe...
permandangan malam di Putrajaya
permandangan malam di Putrajaya
Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya . Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ianya seakan-akan Washington DC di Amerika Syarikat, Canberra di Australia, dan Brasilia di Brazil.
Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang.
Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra al Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.wikipedia ( 3 mac 2008 )

komen :
Putrajaya, Bandar Pintar Dalam Taman ( Intelligent Garden City ) menawarkan pelbagai tempat-tempat menarik seperti Taman Wetland, Taman Botani, Masjid Putra, Souq, Alamanda Shopping Mall dan Taman Warisan Pertanian. Anda akan merasa seolah-olah berada di negara lain dengan melihat keunikan senibina dan senitaman dikelilingi tasik buatan manusia yang nyaman. Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah Perdana Putra, Masjid Putra, Jambatan Putra, Dataran Putrajaya, Taman Botani, Taman Warisan Putrajaya dan banyak lagi..
kali pertama aku menjejakkan kaki di Putrajaya adalah pada tahun 1998. pada masa itu Putrajaya belum 100% siap lagi..aku datang tu pun cuma saja jer untuk tengok-tengok. tapi sekarang Putrajaya dah tersergam indah dengan masjidnya serta bangunan yang indah-indah. tak hairanlah Putrajaya sentiasa mendapat kunjungan dari orang ramai tak kira dari dalam atau luar negara...
lokasinya yang berada di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia ( MSC ) dan seluas 4931 hektar ini serta menelan belanja sebanyak RM20.5 billion, telah menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandaraya pintar dalam taman yang futuristik. ia meliputi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, perumahan, kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Dan pada tanggal 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri telah beroperasi di Purtajaya yang menjadikan ia sebagai penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran kerajaan Malaysia....
0 comments:
Post a Comment