CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 4, 2008

masalah-masalah!!!

Sindiket peralat siswazah

ALOR STAR - Syarikat jualan langsung yang didalangi sindiket tertentu dikesan menawarkan pekerjaan kepada siswazah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mahir berkomunikasi sebagai wakil syarikat bagi menjalankan kegiatan haram mereka.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusof Ismail berkata, siswazah yang tertarik dengan tawaran itu akan dilantik untuk menjalankan penipuan yang dirancang oleh pihak syarikat.

"Kebanyakan siswazah yang masih menganggur menerima pekerjaan tersebut kerana ditawarkan pendapatan yang lumayan," katanya kepada KOSMO! di sini semalam.
Beliau kesal dengan syarikat terbabit yang mengambil kesempatan mempergunakan golongan siswazah untuk melariskan perniagaan mereka.

"Kita tidak mahu golongan siswazah diperalatkan untuk tujuan itu," jelasnya.
Dalam pada itu, menurut Yusof, syarikat jualan langsung juga dikesan menggunakan taktik menukar nama dan alamat baru selepas berjaya memperoleh wang daripada orang ramai.
"Syarikat jualan langsung menggunakan taktik ini untuk mengelak daripada dikesan mangsa ketika datang menuntut hadiah selain mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa," tambahnya.

Jelas beliau, syarikat berkenaan menjalankan sesuatu operasi selama satu atau dua bulan di kawasan tertentu untuk mencari mangsa dengan mendapatkan nombor telefon melalui buku panduan telefon sebelum berpindah ke tempat lain dengan nama baru.
kosmo ( 5 mac 2008 )


Komen :


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu siswazah menganggur telah menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh semua pihak. setiap tahun kita akan lihat begitu ramai graduan yang akan menamatkan pengajian mereka dan pada masa yang sama jugalah kita akan mendengar beribu-ribu graduan tersebut akan menghadapi kesukaran untuk mencari pekerjaan. siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini ? adakah siswazah itu sendiri?
walaupun berbagai-bagai usaha telah dijalankan bagi menangani masalah ini, namun ianya masih belum dapat lagi diatasi.

Baru-baru ini, PDRM telah mengeluarkan satu usul untuk menambahkan lagi umur persaraan lagi 2 tahun bagi pegawai yang akan bersara. adakah ini yang dikatakan oleh kerajaan bagi membantu siswazah yang menganggur? sedangkan beribu-ribu siswazah yang sudah tamat pengajian labih banyak bilangannya daripada peluang kerja yang ditawarkan. dan kesannya, banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap masalah ini. hal ini termasuklah mereka yang ditawarkan pendapatan yang lumayan terhadap kerja yang dilakukan, walaupun mereka sanggup terlibat dalam sindiket yang haram.

apakah pendapat anda dalam isu ini? kalau boleh berilah beberapa pandangan serta komen anda....

0 comments: