Alhamdulillah....akhirnya kami selamat sampai ke UPM. walaupun aku rasa penat, tapi pada masa yang sama aku rasa seronok memandangkan ini kali pertama aku buat aktiviti kat rumah anak yatim.
kami bertolak dari UPM pada pukul 3.30 petang. yang pastinya aku lah yang pandu masa tu..rasa macam nak patah jer tengkuk aku ni akibat memandu berjam-jam. aku ni sebenarnya tak pernah bawak kereta sampai berjam-jam lamanye. lagi plak, tempat tu memang aku tak pernah pergi pun. nasib baik la ade shazwan, die lah yang jadi 'leader' kami hehe...kalau tak masing-masing ade jalan sendiri haha...
sampai kat rumah anak yatim tu pukul 6.45 petang. agak awal juga kami sampai, maklumlah masing-masing bawa kereta macam bawa ferrari, mestilah cepat sampai hehe...

pada waktu malamnya, kami adakan sesi pembelajaran bersama-sama anak yatim tersebut.
Dan pada jam 10.30 malam, kami terus bertolak ke rumah emy. sampai saja kami di rumah emy, kami dihidangkan mee goreng oleh maknya.sedap jugak mee goreng tu hehe...
pada keesokan harinya ( 24 februari 2008 ), seawal jam 8.00pagi kami dah mula bertolak ke rumah anak yatim. perjalanan mengambil masa selama setengah jam dan sampai saja kami di rumah anak yatim tersebut aktiviti pertama yang kami jalankan adalah senamrobik, diikuti oleh aktiviti gotong royong. selepas itu pula, sudah semestinya sukaneka. kumpulan aku lah yang 'incharge' aktiviti ni. rasa seronok jer tengok budak-budak tu main. aku pun turut tumpang gembira....selesai saja aktivi sukaneka itu, kami berehat sebentar di masjid dan tepat jam 2.30 petang kami teruskan pula dengan sesi motivasi. sesi motivasi itu berjalan dengan lancar dan aku lihat anak-anak yatim di situ memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah yang kami undang.
tepat jam 4.30 petang, kami mula bertolak untuk pulang. sebelum itu, kami ada mengambil gambar bersama-sama anak-anak yatim untuk dijadikan kenangan. terasa sedih untuk meninggalkan mereka kerana mereka semuanya sangat peramah dan sudi meluangkan masa mereka untuk mengikuti segala aktiviti yang kami jalankan.
Terima kasih diucapkan untuk mereka di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam daerah Sabak Bernam....
0 comments:
Post a Comment