CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 11, 2008

Solat hajat untuk Sharlinie di Dungun

KUALA LUMPUR 10 Mac - Bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain yang tidak pernah berputus asa bercadang untuk mengadakan solat hajat di kampung halamannya di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu.
Beliau berkata, dalam waktu terdekat ini beliau akan pulang ke kampung bersama keluarga untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin dalam misi mencari anaknya, Sharlinie.
"Saya belum lagi tetapkan tarikh tetapi saya harap orang ramai sama-sama berdoa agar anak saya dijumpai.

"Saya yakin Sharlinie masih selamat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Nashar yang pulang mengundi di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, Dungun pada 8 Mac lalu juga bercadang mendapatkan risikan berkaitan kehilangan anak bongsu kesayangannya itu.
Sharlinie, 5, hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya, Sharliena, 8, dari padang permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan dekat sini pada 9 Januari lalu.

Selain itu, Mohd. Nashar mengakui sehingga kini beliau sekeluarga belum menerima apa-apa maklumat terbaru yang dapat mengesan penculik anaknya atau lokasi tempat Sharlinie disembunyikan.
"Saya harap orang ramai dan polis akan terus berusaha mencari anak saya dan tidak berputus asa," katanya.

komen :

Sejak kehilangan Sharlinie pada 9 Januari lalu di Taman Medan dilaporkan, berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak polis mahu pun orang ramai bagi membantu mencari kanak-kanak tersebut. Tetapi semua usaha itu nampaknya belum lagi menunjukkan hasilnya. oleh itu, bapa kepada adik Sharlinie, Mohd. Nashar tidak pernah berputus asa untuk mencari anaknya yang sudah hampir 3 bulan kehilangan anaknya.

Majlis solat hajat serta bacaan Yasin itu akan diadakan di kampung Mohd Nashar sendiri iaitu di Dungun. semoga segala usaha Mohd Nashar ini diberkati oleh Allah dan semoga adik Sharlinie dapat ditemui kembali.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus turut sama-sama berdoa agar Adik Sharlinie ditemui dalam keadaan selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarganya.
Utusan Malaysia ( 11 Mac 2008 )

0 comments: