Roselle yang berasal dari Afrika adalah pokok yang boleh mencapai ketinggian mencecah antara tiga hingga lima meter dan berbunga sepanjang tahun. Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga.
Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek.
Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.

Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.
Kandungan vitamin C dan mineral esensial dipercayai mampu melawan radikal bebas yang mendorong kepada penyakit kanser selain kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang. Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, roselle mempunyai kemampuan untuk meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan membina sistem pertahanan yang kuat.
Salah satu nilai perubatan tinggi yang ada pada roselle ialah nutrisinya mampu menurunkan kandungan kolesterol dan menstabilkan tekanan darah.
Salah satu nilai perubatan tinggi yang ada pada roselle ialah nutrisinya mampu menurunkan kandungan kolesterol dan menstabilkan tekanan darah.
Khasiat perubatan roselle itu didedahkan oleh penyelidik Universiti Malaya, Profesor Dr. Rais Mustafa dan Profesor Dr. Mustafa Ali Mohd. yang mengakui kepelbagaian nutrisi pada roselle jarang ada pada bahan semula jadi lain.
"Roselle turut membantu proses metabolisme dalam badan manusia dan proses pengoksidaan secara berterusan. Ia dapat merangsang dan melancarkan air kencing serta juga menurunkan tekanan darah.
"Malah, roselle juga mengandungi banyak asid organik yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga," katanya.
"Malah, roselle juga mengandungi banyak asid organik yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga," katanya.
1 comments:
We would like to offer fresh seedless roselle (Hibiscus Sabdariffa),roselle puree,pineapple puree,starfruit puree,roselle concentrates.We also produce coconut spread with honey (Seri Kaya dengan Madu),roselle jams, pineapple jams,starfruits jam,roselle cordials,coconut paste (kerisik) and rose syrups.
All products are prepared from quality fresh ingredients. Most of our products are 100% free artificial colour and flavour.
Our products were certified Halal by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM]. In 1999, our company managed to applied for the ISO 9002 : 1994 quality management system and update to MS ISO 9001:2000 in 2002. Furthermore, in order to exemplify the food safety standard that we strive to maintain all this while, Fama Rengit is also operating the GMP food safety system for its production progress in which it is successfully being certified by 2008.
Thank you for your time .
Tel :+607-4241240
Fax:+607-4241230
Email: cherryice79@hotmail.com
Mobile :019-7983589
Post a Comment