CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 6, 2008

berat sama dipikul...

Sharlinie sudah ditemui hanya khabar angin

PETALING JAYA 5 Mac - Polis menafikan khabar angin bahawa mayat Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang hampir dua bulan sudah ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihak yang menyebarkan khabar angin itu mendakwa, berita penemuan itu sengaja tidak dihebahkan kerana dikhuatiri ia boleh menganggu kempen pilihan raya yang sedang hangat sekarang.

"Itu semua tidak benar kenapa kita nak 'simpan' kalau betul mayat Sharlinie sudah ditemui.
''Saya menasihatkan orang ramai tidak mempercayainya," kata Arjunaidi kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini hari ini.

Hari ini genap 57 hari kanak-kanak itu hilang ketika dalam perjalanan bersama kakaknya ke rumah mereka di Taman Medan, di sini pukul 11.30 pagi pada Januari lalu.

Bagaimanapun Arjunaidi yakin, kanak-kanak itu masih hidup kerana polis tidak menemui sebarang bukti atau tanda-tanda yang mengaitkan kanak-kanak itu telah mati.
Beliau juga memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes penculikan Sharlinie.

Namun katanya, pada masa ini polis belum terfikir untuk mendapatkan khidmat bantuan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bagi mencari Sharlinie.
''Keperluan itu belum wujud buat masa ini dan saya yakin dapat menyelesaikan kes terbabit dalam masa terdekat,'' jelasnya.

komen :


Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Sejak kes kehilangan adik Sharlinie tersebar dan mendapat liputan media secara besar-besaran, hampir setiap hari kita dengar pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak polis mahu pun ibu bapa sharlinie untuk mencari kanak-kanak tersebut. kini sudah hampir dua bulan kanak-kanak itu hilang tanpa berita dan yang kita dengar hanya khabar angin mengenainya saja.
kita tidak mahu nasib yang telah menimpa arwah adik nurin turut sama menimpa kepada adik sharlinie. pihak polis telah melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk memburu penjenayah yang menculik adik Sharlinie. Kes ini berlaku hanya sehari selepas kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi, 6 tahun, yang dilaporkan diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan sebuah flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi adik Sharlinie diculik.

Semoga pihak polis dapat segera menemui adik Sharlinie dalam keadaan yang selamat dan semoga kisah pilu yang menimpa adik Nurin Jazlin tahun lepas tidak berulang kembali.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya membantu polis dalam menyelesaikan masalah ini dan bukannya menambahkan kesedihan keluarga sharlinie dengan menyebarkan khabar angin yang bukan-bukan....ingatlah, walaupun kita tidak berada di tempatnya tetapi sekurang-kurangnya kita peka dan mengambil iktibar atas semua yang berlaku ini...

0 comments: