Teknologi memudaratkan kesihatan?
PERKEMBANGAN teknologi terkini antara lain adalah untuk memudahkan kehidupan harian manusia. Namun adakah anda sedar teknologi juga mungkin menyebabkan badan manusia semakin lemah serta menghidap pelbagai jenis penyakit?
Dengan adanya sistem pengangkutan tercanggih, makin ramai yang tidak mahu berjalan ataupun berbasikal walaupun dalam jarak yang dekat.

Teknologi terkini turut memudahkan kita membeli makanan sedia dimasak dengan hanya mendail telefon, melalui Internet atau tanpa perlu keluar dari kereta.
Terbaru, terdapat juga restoran yang menyediakan perkhidmatan pesanan makanan dari meja pelanggan bagi mengelakkan mereka beratur atau menunggu lama.
Persoalannya, jika senaman ‘kecil’ seperti berjalan untuk beratur juga ‘dihapuskan’, dari mana lagi masyarakat ‘makanan segera’ kini akan mendapatkan senaman fizikal mereka?

Teknologi bukan puncanya tetapi sikap manusia yang gemar mengambil jalan mudah dan sering kali memilih jalan mudah.
Selain tidak mempedulikan pemakanan sihat asalkan dapat makan dengan segera, pergerakan untuk mendapatkan makanan itu juga semakin dikurangkan. Fikirkan sejenak baik dan buruknya!

0 comments:
Post a Comment