CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 27, 2008

PROJEK KELAS KOH 3432 ( KOM INTERPERSONAL ) DI CHERAS

di depan pintu masuk

bergambar bersama sebelum pulang



senyuman yang dibuat-buat hehe...


tetap gembira walaupun masing-masing dah penat




dengan Dr.Jusang yang baik hati hehe...


Pada 18 Mac yang lepas, kami dari kursus komunikasi interpersonal telah mengadakan satuaktiviti di rumah kanak-kanak Tengku Budriah di Cheras, Kuala Lumpur. aktiviti yang diadakanini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kita mengaplikasikan komunikasi interpersonal apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 3-6 tahun.

seramai 63 orang telah menyertai program ini dan tak lupa juga tenaga pengajar bagi kursus ini iaitu Dr. Jusang yang memang sangat 'sporting'.
Banyak aktiviti yang kami adakan bersama kanak-kanak tersebut antaranya permainan galah, pertandingan fesyen dengan surat khabar dan banyak lagi. aku dapati ramai kanak-kanak itu tidak selesa atau kurang mesra dengan kami. Dan inilah yang kami cuba terapkan untuk menyelami perasaan mereka dengan menggunakan pendekatan teori-teori komunikasi yang telah kami pelajari.

pada mulanya mereka tidak mahu apabila kami cuba mendekati mereka dan kebanyakan daripada mereka menangis kerana tidak mahu didukung. pada masa itu aku berasa sangat sedih sekali kerana mengenangkan nasib mereka yang masih kecil tetapi tidak mempunyai ibu bapa lagi. sepatutnya umur sebegitu masih berada di pangkuan ibu, dibelai dan dimanja. aku dapat rasa bahawa mereka itu kekurangan kasih sayang dari seorang yang bernama ibu.

perasaan sedih dan sayu mula menyelubungi aku apabila melihat mereka makan dengan makanan yang kami sediakan. mereka bagaikan anak-anak yang mahukan suapan dari seorang ibu. mereka hanya mampu menangis dan masih lagi belum mengerti akan dugaan serta makna kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

kami pulang ke UPM tepat pada jam 4.30 petang. oleh sebab hari itu hujan sangat lebat dan kami terpaksa membatalkan semua program bersama kanak-kanak yang kami rancang pada petangnya. walupun ketika itu hujan, tetapi kami sempat membuat beberapa aktiviti di antara rakan-rakan sekelas iaitu tarian 'chicken dance'.
aku rasa sungguh gembira dan berharap agar aku diberi peluang lagi untuk menyertai program sebegini lagi. terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan program ini....




0 comments: