CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 17, 2008

Rasulullah pesan beri layanan adil terhadap anak


Sewajarnya ibu bapa menyamakan layanan antara anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara daripada segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab. Sesungguhnya ibu bapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga." - (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)

0 comments: