CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 28, 2008

UNTUK SUKA-SUKA

Lawok Oghe Ganu!!

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut.

Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata...

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut.
Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak merekayang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la
soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!! =)


Mentua dan Menantu

Menantu Terengganu : mok …kalu mok gi kedaa…tolong beli ‘ketang’ 4 kilo…..nanti kito bayar.

Mentua Kelantan : bereeeehhh…selepas mentua pulang dari kedai

Menantu Terengganu : Loooo…bak po mok beli ‘ubi ketang’ ( ubi kentang ) banyok-banyok ni…

Mentua Kelantan : tadi mu kato beli kete ( ubi kentang )…pah tu kete mano pulakkk…

Menantu Terengganu : bukang ‘ubi ketang’…kito suruh beli ‘ketang’…hok ada sepit… (ketam)..


'interview'

Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".

Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!




Thursday, March 27, 2008

FAKTA BUAH



Fakta Menarik Tentang Buah Naga

1. Ia bertindak sebagai ejen membuang toksid dalam badan dan kurangkan tekanan.

2. Boleh mencegah barah usus.

3. Kandungan protiennya boleh mengurangkan metabolisme badan.

4. Kandungan vitamin C yang banyak boleh haluskan kulit dan cegah jerawat. Kandungan vitamin C yang dikandungnya lebih tinggi berbanding tembikai dan epal.

5. Ia dapat mencegah kandungan kolesterol dalam darah.

6. Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan.

7. Buah naga merah sangat baik memperbaiki penglihatan mata kerana ia mengandungi karotenoid yang tinggi.

8. Vitamin dan mineral yang boleh membantu menigkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisme dalam badan manusia.

9. Serat yang tinggi boleh kawal kencing manis. Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi.

10. Kaya dengan zat besi yang membantu menambahkan darah. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

PROJEK KELAS KOH 3432 ( KOM INTERPERSONAL ) DI CHERAS

di depan pintu masuk

bergambar bersama sebelum pulang



senyuman yang dibuat-buat hehe...


tetap gembira walaupun masing-masing dah penat




dengan Dr.Jusang yang baik hati hehe...


Pada 18 Mac yang lepas, kami dari kursus komunikasi interpersonal telah mengadakan satuaktiviti di rumah kanak-kanak Tengku Budriah di Cheras, Kuala Lumpur. aktiviti yang diadakanini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kita mengaplikasikan komunikasi interpersonal apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 3-6 tahun.

seramai 63 orang telah menyertai program ini dan tak lupa juga tenaga pengajar bagi kursus ini iaitu Dr. Jusang yang memang sangat 'sporting'.
Banyak aktiviti yang kami adakan bersama kanak-kanak tersebut antaranya permainan galah, pertandingan fesyen dengan surat khabar dan banyak lagi. aku dapati ramai kanak-kanak itu tidak selesa atau kurang mesra dengan kami. Dan inilah yang kami cuba terapkan untuk menyelami perasaan mereka dengan menggunakan pendekatan teori-teori komunikasi yang telah kami pelajari.

pada mulanya mereka tidak mahu apabila kami cuba mendekati mereka dan kebanyakan daripada mereka menangis kerana tidak mahu didukung. pada masa itu aku berasa sangat sedih sekali kerana mengenangkan nasib mereka yang masih kecil tetapi tidak mempunyai ibu bapa lagi. sepatutnya umur sebegitu masih berada di pangkuan ibu, dibelai dan dimanja. aku dapat rasa bahawa mereka itu kekurangan kasih sayang dari seorang yang bernama ibu.

perasaan sedih dan sayu mula menyelubungi aku apabila melihat mereka makan dengan makanan yang kami sediakan. mereka bagaikan anak-anak yang mahukan suapan dari seorang ibu. mereka hanya mampu menangis dan masih lagi belum mengerti akan dugaan serta makna kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

kami pulang ke UPM tepat pada jam 4.30 petang. oleh sebab hari itu hujan sangat lebat dan kami terpaksa membatalkan semua program bersama kanak-kanak yang kami rancang pada petangnya. walupun ketika itu hujan, tetapi kami sempat membuat beberapa aktiviti di antara rakan-rakan sekelas iaitu tarian 'chicken dance'.
aku rasa sungguh gembira dan berharap agar aku diberi peluang lagi untuk menyertai program sebegini lagi. terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan program ini....




SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.

' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

BALASAN ATAS DOSA SEMALAM...

Luasnya Neraka : Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya.
Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar
nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Wednesday, March 26, 2008

TAHUKAH ANDA??




Fakta Menarik Di Sebalik Buah

1. Percayakah anda jambu air juga boleh dijadikan arak?

2. Di Amerika Latin, buah avokado sering juga dijadikan hadiah utuk majlis perkahwinan

3. Tahukah anda bahawa buah manga sebenarnya berasal dari India dan dibawa masuk ke tanah Asia Tenggara oleh saudagar China yang melawat India pada kurun pertama.

4. Buah manggis pernah dikatakan sebagai antara buah kegemaran Ratu Victoria.

5. Buah naga boleh menenangkan fikiran seseorang...
kepercayaan masyarakat China.

6. Tip baru bagi yang ingin melembutkan daging ataupun ayam. Senang saja, perapkan jus kiwi selama 20 minit sebelum memasak. Perlu juga anda tahu bahawa buah kiwi tidak boleh dicampurkan dengan susu kerana ia akan menjadi kental.
Kiwi sebenarnya berasal dari China, bukan dari New Zealand.

7. Jangan simpan buah jambu dalam peti sejuk!!

8. Buah kelapa yang paling kecil ialah sebesar telur. ia boleh didapati di kepulauan Maldives.

9. Pir pernah diisytiharkan sebagai buah diraja bagi kerajaan Persia.

10. Bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang ataupun batu karang elakkan makan buah belimbing.
belimbing mengandungi asid yang tinggi yang bertindak balas dengan kalsium dan zat besi.

KENANGAN DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM SABAK BERNAM

foto-foto kenangan


=-